BAJET 2011- Imbuhan Untuk Penjawat Awam

Baru pas tgk berita. Ulas pasal BAJET 2011. Antara Imbuhan untuk Penjawat Awam cam aku nih :

RM500 KPD KAKITANGAN AWAM GRED 54 KEBAWAH, PETUGAS KONTRAK & PESARA
Kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini.

PTK DIMANSUHKAN 
Kerajaan bersetuju memansuhkan sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun tahun depan.


CUTI BERSALIN 90 HARI 
Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.


GAJI POKOK PENGAWAL KESELAMATAN DINAIKKAN RM700 
Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011.


SKIM RUMAH PERTAMAKU UTK GOLONGAN MUDA BARU BEKERJA 
Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.  Skim itu akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

KADAR TOL PLUS TIDAK NAIK DLM TEMPOH 5 TAHUN
Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya, kerajaan mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.


Untuk Maklumat lanjut sila KLIK SINI ye.

0 comments: