Trip to Perak...My Cousin's Wedding & Safari Night

Sabtu, 13 Mac 2010 
-My Cousin's Wedding, Zahrina-


Kitorg sampai kt Parit Buntar dalam kul 3 lebih lps sesat hampir setengah jam...maklumla dh lame x balik kg...mak n ayah aku dah balik seminggu awal coz nak tolong depa wat persiapan kenduri..sume dh berubah...tu yg sesat tuh...huhu...sampai je rumah cousin aku, kitorg terus melantak tanpa segan silu...lapar giler...

Nasib baik aku sempat mkn nasi lemak pagi td mase tgh sesat cari rumah...x de la nmpk pelahap sgt...tp mkn...tetap mkn...rugi x mkn nasi kenduri nih...abis mkn...relax jap n sesi amik gmbr ngan perantin...yg bestnye bleh plak aku n mak aku pakai baju same...isk...isk...nak wat camne...kate anak beranak...To both Zarina n husband, Selamat Pengantin Baru...

Amat, Nazril & Husband aku kekenyangan...

With Along, kakak aku...tp aku yg nmpk cam kakak...huhu

Mak(baju pink) & ayah (baju putih) aku bergmbr ngan pengantin...
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
- CHECK IN HOTEL-

Pas g kenduri kitorg trus g Taiping check in...Kitorg dok kt Flamington Hotel...Baru lagi rasenye hotel nih...tp ramai giler org coz aku nmpk kete ikat reben...sure cina kawen nih...Disebabkan kami nih org gomen, dptla diskaun...pas check ini trus bobom...penat giler...

Tgh check in...Amat sempat lagi nak bergmbr...
 walaupon hotel ni aku x tau ade bintang ke x...tp ok la interior dia...x la cekai sgt...toilet dia pon not bad...
Jgn memain, walaupon hotel ni agak 'Ayam brand'...siap ade LCD TV lagi...hehe


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 -ZOO TAIPING & SAFARI NIGHT- 
Aktiviti di malam hari adalah....ZooTaiping & Safari Night...Bukan nak g sgt...tp nak bw budak2 nih tgk binatang...Harga dewasa RM16 & Budak atas 3 thn RM10...mahal gak kan...nak tgk binatang jek...Tp ok la aku rase Zoo Taiping nih compared ngan Zoo kat KL...

Tgh nak beli tiket...

waiting 4 train...

pic lagi...

Tgh tgk ikan...mcm la x penah tgk...ala wat2 la cam kagum sket...rugi bayar RM16...hehe

Akibat terlalu 'best' sgt tgk binatang...ni lah jadinye...huhu

Abis jenjalan kt Safari Night kitorg g cari makan kt pekan Taiping...Nazril kate ade satu kedai Kuey Teow yg sedap...Doli Kuey Teow Goreng...ramai giler umat..Pinggan biase rege dia RM4...klu spesial RM9...mahal giler..aku x taula ape yg dia letak...ok la rase Kuey Teow dia...sedap..Pas makan, balik hotel...zzzzz

Ni la rupe kuey Teow doli...
Esoknye pas breakfast kitorg g bermandi-manda kt swimming pool hotel b4 check out kul 12 nnt...hotel nih x tinggi mane pon...5 tingkat jek...swimming pool dia surela kt tgkt 5 kan...tapi Farish spoil lagi...dia langsung x mau turun...fobia agaknye...maknenye aku pon x dpt mandi la...huhu
 My sis's family...
Budak takut air...tgk je la...
Berendam x hengat dunia...



Angkat Kereta beramai-ramai...

Hari Sabtu lepas, aku n family pegi ke Parit Buntar, Perak untuk wedding cousin aku. Kitorg bertolak dalam kul 10.30 pagi. ok la jalan pon x jam even dah start cuti sekolah...Tgh bulan kot..tuh yg sume dok rumah gigit jari kot...aku je yg gigih nak berjalan walaupon ongkosnya dah nyawa2 ikan...x kisah la guna kan je dana yg ader...kad plastik tu selagi boleh digunakan, gunakan je...kui...kui...dpt gaji nnt jenuh nak membayarnye...huhu..

Dalam kul 1 lebih kitorg berenti jap kat R&R Sungai Perak coz kakak aku nak tukar baju...xkan nak pegi umah org kawen pakai jeans je kot...harus anak pak mail kene kutuk nanti...kalau kat KL bleh la wat lagu tu...Aku sebenarnya x pernah lagi berenti kat hentian nih coz jarang balik belah utara...Kalau ade wedding je baru balik...tuh pon bleh dikira dengan jari...lagi pon  rumah kt kg ayah aku kt Perak ni pon dah xde dah...kene jual coz xde sape nak duduk...kalau balik pon tumpang la rumah sedara2 yang lain ataupon tido je kat hotel coz x nak susah kan diorang...

Abis tukar baju, kitorang pon gerak la...nak keluar dari simpang R&R Sungai Perak tuh, tetiba jem plak..rilex lagi igt kan sekejap je...dekat 15 minit keta x gerak2 gak...aku start la hangin...tetiba dengar org bunyikkan hon...husband aku apa lagi...dan2 tu gak tekan hon...pastu sume kete tekan hon...tapi still x jalan2 gak...Husband aku terus kuar kete tgk ape jadi...Rupe2nya satu kereta sudah block itu jalan maa...Kat depan sekali lori besar, so dia x leh nak jalan...selagi lori tu x lepas, kete2 yg lain pon x leh nak jalanla...hampes sungguh tuan punye kete tuh...tau la kete Hyundai...tp agak2 la nak parking...adus...

Tunggu punye tunggu tuan keta x datang gak. lastly depa pakat beramai2 angkat itu kereta tolak ke divider jalan...Seb baik la ramai abang askar yang gagah perkasa....Husband aku, Nazril n Amat gelak x hengat dunia...padan muke tuan punye kete tuh...saper suruh ko parking ikut suke...mesti tuan punye kete tuh tuh tekejut tgk kete dia dah beralih arah ataupon tuan kete tu pon join sekali angkat kete dia coz kalau mengaku kete dia, confirm kene maki bertalu2. hik...hik...best part, bile aku lalu kt kete tuh...diorg letak tong sampah yg berlendir kt atas kete dia...hehe

Stomach Ache....

Hari Ahad lepas b4 balik Bangi, singgah Alamanda jap g lunch....malas nak masak untuk lunch coz pagi tadi aku dah bertungkus lumus masak spaghetti...alasan!!!..sebenarnye dh boring dok umah...hehe..Smpi Alamanda aku trus ajak husband g cari makan coz perut aku dh berbunyik minta diisi. Actuallynya dah 2 hari perut aku rase cam x best jer...macam masuk angin n pedih2 je...ni gara2 lambat makan la nih...nak kate gastrik pon bukan coz aku x pernah ade sejarah gastrik...

Pegi foodcourt RASA terus order Nasi Ayam...cari tempat duduk terus makan...tapi Farish mengamuk nak beli menan...x mau banyak citer aku bw di g kedai magazines beli power rangers...dah dapat senyap la dia n aku pon bleh mkn dgn tenangnya...husband aku beli popiah...dengan popiah dia sekali aku pau...tp perut aku still rase x best gak...huhu...x mau spoilkan keadaan aku pon tahan la ke x best'an perut aku nih n sempat la pusing2 n snap gambar.
 
*Budak kecik yg suke pau ibu n ayah dia...


 
* Power Rangers habuan Farish

 
 
* Tak tau anak saper ntah tetiba datang kat meja aku...pastu dia pau Power Rangers Farish..Kat belakang tuh mak dia...seb baik mood Farish baik, siap sedekah lagi menan kat budak tuh..


 
*Hasil kerja tangan Farish...again..not bad..

Abis pusing n snap gambar aku ajak husband balik coz dah x tahan dah perut aku nih..pedih semacam je...pagi tadi macam dah ok je...Sebelum balik Bangi, aku ajak husband inggah tempat nih...Cuba teka kat mane nih...sekali tgk cam SPA or ape2 jela kan...hakikatnya ni adalah sebuah KLINIK...cantikkan dekorasi dia...Ni klinik Syifa kat Bangi...Aku suka g klinik ni coz dekorasi dia santek n tenang je...org sakit pon bleh baik walaupon doc dia biase2 aje...hehe


 
* Tgh tunggu nak amik ubat..

Dalam 15 minit tunggu, nama aku dipanggil...doktor pompuan....seb baik...aku pon bgtau la simptom2 penyakit aku nih...sakit perut, perut cam masuk angin, rase loya2 n nak muntah...pastu tau x soklan  pertama yg doktor tuh tanye kt aku..."Dah kawen ke"... "dah",aku jawab...dan soklan seterusnye confirm dah tau punye kan...nie mesti doktor tue suspect aku pregnant...tp berdasarkan hujah2 yg aku bg, aku berjaya mematahkan tanggapan doktor tu kat aku..hehe...dia suh aku baring n check perut aku..Pastu dia cakap, "Saya bagi kamu ubat sakit perut n angin ek"...amik ubat trus balik Bangi...

 

Sharing is Caring...


Sekadar berkongsi...Sharing is caring kan...emel nie difowardkan oleh husand aku ttg rentetan citer arwah adik Syafia...x tau maner husband aku dpt...klu nak tau ape isi kandungannya sila lah bace ek...

Di sini saya tertarik untuk buka threat mengenai kejadian yang hangat dikatakan pada masa kini iaitu mengenai kes penderaan@pembunuhan seorang budak berusia 3 tahun yang bernama Syafia Humairah Sahari.
 

Pada mula berita ini tersiar, saya amat marah atas kejadian yang berlaku. Tetapi pada malam minggu baru - baru ini saya pergi ke kuang tempat saya membesar untuk melepak bersama rakan - rakan. Rupanya ibu kepada mangsa adalah kawan yang sama - sama tingkatan, dan berdekatan dengan rumah saya dahulu. saya hanya panggil namanya iaitu hanim. setelah hampir 10 tahun tidak berjuma, maka saya tidak berapa cam mukanya di dalam televisyensehinggalah kawan saya bernama Afendi rosli ( pelumba motor sck harian
metro ) menceritakan mengenai kisah hanim kepada saya.
 

Semasa sekolah dahulu, hanim adalah antara pelajar yang agak terkenal diantara pelajar lelaki. biasanya kami akan sibuk nak tengok serta teka BRA yang hanim pakai pada hari tu talinya bersilang (kami suka panggil bra
pangkah ) dan warna apa.
 

Hanim juga ada geng - geng perempuan. geng - geng mereka ini secara umumnya kami panggil CHIA sahaja pada masa itu atau panggilan asasnya adalahBOHSIA.  Selepas saya berpindah ke sekolah asrama pada tingkatan 4 ( tahun 2001 )saya dah tiada peluang untuk melihat bra apa yang hanim pakai. 

Afendi juga menceritakan bahawa SAHARI iaitu bapa kepada mangsa adalah orang sabah dan bertugas sebagai polis di balai polis sungai plong. apa yang saya tahu, hanim dan sahari dikahwin secara paksa akibat pada masa itu hanim mengandungkan arwah yakni anak sahari.
 

Sahari dimasukkan ke penjara kerana dia telah dituduh menembak mati seorang pendatang indonesia berdekatan dengan Tasik Biru Sri kundang. pada masa itu juga hanim dan sahari telah mempunyai anak seramai 3 orang.. dan mangsa adalah anak ketiga. maaf saya cakap, ketiga anak hanim adalah diluar nikah. sekarang ni sahari berada di penjara sungai buloh sambil menanti hukumannya dijatuhkan sama ada bersalah atau tidak bersalah di bawah akta 302B jika tidak silap saya. Sahari juga amat marah bila mengetahui anak nya dibunuh oleh teman lelaki hanim dan sekarang ni dia bersiap sedia serta berharap
teman lelaki hanim ditempatkan di penjara yang sama dengan dia.
 

Menurut keterangan rakan saya iaitu afendi ini juga, permohonan sahari untuk melihat pengebumian anaknya di tanak perkuburan kuang juga tidak dibenarkan oleh KKDN kerana kes sahari adalah berat. oleh itu sahari berazam untuk membunuh teman lelaki hanim jika dia ditempatkan di penjara yang sama kerana sahari tahu bahawa kes dia agak sukar untuk menang di mahkamah.
 

"alang - alang aku nak kena gantung, biar aku bunuh mamat tu bagi puas hati
aku " <--beginilah lebih kurang kata sahari.
 

Hanim pula mempunyai seorang anak bersama teman lelakinya pemandu teksi itu yang berumur setahun lebih. dengar cerita, hanim juga sudah mengandung 4 bulan anak kedua bersama teman lelakinya itu.
 

Menurut datuk kepada mangsa iaitu ayah hanim, sebenarnya dia serta isterinya yang menjaga mangsa. tetapi mangsa terpaksa diserahkan kepada hanim kerana dia dan isterinya ingin pergi keluar daerah kerana ada urusan. dia membawa anak hanim yang pertama dan kedua manakala mangsa ditinggalkan bersama hanim.
 

Kesan - kes an parut serta luka lama yang ada pada mangsa adalah kerana sebelum ini mangsa pernah tinggal bersama hanim serta teman lelakinya.tetapi bapa serta ibu hanim mengambil keputusan menjaga mangsa kerana kesian melihat cucu mereka didera,.
 

Maaf jika saya berkata dengan agak kasar. hanim pernah saya nasihatkan supaya berubah semasa kami sama - sama bersekolah dahulu. saya adalah rakan kepada hanim kerana rumah kami berdekatan serta pergi ke sekolah pun sama - sama. sayangnya dia tidak pernah ingin mendengar cakap saya.
 

Setelah 10 tahun tidak bertemu serta mendengar cerita pasal hanim, apabila mendengar semula cerita pasal dia saya amat sedih sekali kerana dia tidak pernah ingin berubah. melihat wajahnya di televisyen, dia seolah - olah menangis atau memaksa dirinya menangis.
 

Di sini saya mengharapkan hanim juga diberi hukuman yang setimpal atas perbuatannya. mangsa yang dibunuh pernah juga didera oleh hanim dan saya berharap keadilan ditegakkan demi mangsa yang meninggal dunia.
 

Saya menceritakan kisah ini pada rakan - rakan cg semua bukanlah berniat untuk membuka aib hanim iaitu sesama islam kita. tetapi saya terpanggil kerana saya lebih kasihan melihat mangsa dan berharap orang -orang yang pernah menyeksa mangsa semasa hayatnya akan ditangkap serta dihukum! kerana apa saya minta mereka yang terlibat ini dihukum? kerana saya berharap ia menjadi pengajaran kepada rakan - rakan serta masyarakat kita bahawa betapa pentingnya didikan agama kepada anak -anak!

Hari Nie Masak Spaghetti...

Hari nie aku masak spaghetti untuk sarapan pagi. Setelah sekian lamenye tertangguh disebabkan bahan x mencukupi...Actually...spaghetti arini pon x la cukup bahan2nye....tapi aku belasah je masak coz pada aku klu dah ade spaghetti, tomato puri, daging cincang n bawang bombay, dah cukup cukup sifat la nak wat spaghetti...hik..hik...

 
*Spaghetti aku yg x bape nak cukup sifat...tp husband aku siap tambah smpi 3 kali tuh...maknenye aper tuh...kui..kui.. (gelak bangga diri)

Abis masak, bagi sket kat jiran sebelah @ dalam erti kate sebenar nak pulang pinggan dia balik yg telah aku peram dekat sebulan lebih gak la kan...Niat di hati mmg aku nak pulang cepat2...x mau la nanti akak sebelah kate aku nak wat rete plak ngan pinggan dia...akak sebelah kate xpela klu pulangkan pinggan kosong jek...

Mane bley!!!!...jatuhla reputasi aku....nnt dia kate aku x pandai masak plak....mmg la aku x bape pandai nak masak pon....tp setakat nak bg husband n anak aku mkn bleh la...intai kt tingkap nmpk mak akak jiran sebelah tgh sidai baju...aku cpt2 isi dlm pinggan trus bagi kt makcik tuh...harap2 akak suka la ek...kalu x sedap minta maap bebyk la ye kak...huhu

 
*Budak kecik yg mkn byk sampai x de chance aku nak makan...terpaksa rebus spaghetti lagi...seb baik kuah dia aku masak banyak...huhu

  
*Sibuk gak nak amik gambar gak...layankan je la...

Al-Fatihah...Syafia Humairah Sahari

Membaca kisah kematian Syafia Humairah, 3 thn yang sedih+tragis+kejam akibat mangsa penderaan kekasih ibunya sendiri buat aku termenung seketika…kejamnya manusia zaman kini…tidakkah ade langsung sifat kemanusiaan walau secebis dalam diri mereka…Hampir sebaya kanak-kanak malang itu dengan anak aku Farish…

Seriously, lepas je baca berita tu dlm paper metro ari sabtu, aku jadi sangat emosional…x tau apesal…sampaikan dlm tido pon aku still teringat citer tuh n x semena2 air mata aku mengalir….aku citer kt husband aku n dia kate aku emosional sgt…Yes…aku mmg emosional..I admit that…but 4 d certain things n part la. 

Sampaikan aku bleh wat pesanan penaja yg aku rase cam buang tebiat kt husband aku, “Abg klu kite xde, abg bagila Farish kt nenek @ atuk jaga. Kita x nak org lain jaga coz emak @ ayah tiri @ sesaper je x kan same dgn ibu n ayah kandung @ darah daging sendiri. Tak kan same dan x pernah sama sampai bile2”. Husband aku buat muke pelik n marah coz aku ckp yg bukan2… hehe… aku klu tgh emo mmg camtu..

Berbalik pada citer asal…Ape dah jadi dengan mykt zaman sekarang? Yang mendera satu hal…org mcm ni bleh dikategorikan mcm binatang…xde otak…x tau perkataan hina yg macammane aku nak klasifikasikan. Rase cam nak bagi pelempang pulang balik Alex je kt dia…x pon rejam sampai mati…sabar…sabar…Yg menjadi mslhnye, tergamak puluhan saksi yg nmpk Syafia didera, disepak, diterajang, dipijak kepala dan entah ape lagi tah hanya melihat saja kejadian itu dengan alasan diugut oleh manusia xde otak tuh supaya jgn masuk campur hal keluarga dia.


Come on la!!!....be realistic hokey!!!...Apakah dengan hanya tgk saje mampu menyelamatkan Syafia yang malang tu… adakah puluhan saksi tu berharap yg budak berumur 3 thn tu mampu utk bangun mempertahankan diri dia? Apalah daya n kudrat budak 3 thn klu nak dibandingkan dgn tenaga org lelaki berumur 28 thn….walaupun Yafia tu anak dia sendiri dia xde hak utk buat ape saja dekat budak tuh apatah lagi klu bukan darah daging sendiri…Sikap mykt sekarang adalah x mahu jaga tepi kain org lain….hal engkau hal aku…aku x mau masuk campur…mungkin hal sebegini x terjadi dlm keluarga kita…jadinya kita x ambil pusing walaupon terjadi kepada anak jiran sebelah rumah kita.

Aku bukan nak memihak atau menyalahkan sesiapa. Memang dah ajal Safia meninggal dlm keadaan yg sgt sadis. Itu bahagian dia…cumenye aku terkilan sgt dgn sikap mykt masa kini…mungkin org akan kate bende tu x jadi depan mata aku, so aku bleh kondem mcm2…whatever…it just luahan hati from deep inside my heart…Semoga arwah Syafia bersemadi dengan tenang dan dicucuri rahmatNya…AMIN

Lepaksss @ Bangi...

Cuti Malidur Rasul hari tu, aku x g mane pon...paling best pon aku g lepak @ Bangi....umah famil aku la...mane lagi port mencari makan yang terbaik...hik...hik...chefnye of coursela ayah aku...ayah aku klu bab masak memasak nih serah je kat dia...mak aku pon x leh chelen...

Memula igt nak lepak Nilai je cuti2 nih...Pastu dpt panggilan centa dari mak aku ajak dtg bangi coz nak wat makan2...family gathering la kengkononnye...siap pesan..."Balik tau petang nanti...papa masak banyak nih...nanti xde sape nak makan plak"....hehe..."ye la ma"....jawab aku dengan nada yg mendatar...anak yg baik la katakan...hehe...mesti patuh ckp org tua...baru berkat hidup...hik...hik..

Kakak aku cal 2...3 kali...tanye aku kat mane...yela...yela....nak siap la nih....jap lagi sampi la bangi...singgah jap kat R&R Nilai...beli nasi lemak yg sedap tuh...kpd penggemar nasi lemak tegar...aku suggestkan try la beli nasi lemak kt hentian Nilai...gerai tepi sekali...sedap!!!!...smpi bangi dlm kul 7.30 mlm...smpi rumah terus g dapur...SATE!!!....wah dah lame x makan....ape lagi....makan la....

 
aku ngan Amir Ar-Rayyan....lame giler x jmpe

  
Bayangkan kalo sume nih anak aku...sume boy plak tuh...isk...isk....x bley bayang...

  
Amir wat pandangan pelik kt aku....saper la minah nih....

  
Baim's Family

  
Husband aku...n Nazril (abg ipar)...Baek punye landing....

    
Pas makan.....nak wat ape lagi.....lepax time....yg baju merah tu kakak aku....yg pakai kain pelekat tu adik bongsu aku ...Amat....purple...Salwa (SIL)....maroon tu...makcik Wan...mak aku la....

Snap....1...2...3...

Actually pic ni di ambil last two week mase kitorang jenjalan cari makan kt Sogo...x tau nak citer ape coz xde idea...so layanzzzzzz....

 
* Kat Food Court Sogo, level 7
  

  


 

*Pic taken by Farish
*
*
*
*
*
*
*
*
  
orait x Farish snap....ok la kan...:) 
satu gmbr je yg Farish snap. Makhluk 2 org yg kt bwh tuh aku yg amik...hehe

Finally dapat gak aku redeem bende alah tuh...

Finally dpt gak aku redeem Italian Cookware Collection, Fry Pan Bialetti dengan harga RM 5.90. Sesaper yg rajin shopping barang kt GIANT sure tau pasal nih...

 
*Ni lah Non Stick Fry Pan, 24cm yg aku redeem tuh

Camne aku blh terjebak ngan bende alah nih... jeng...jeng...jeng...Masa beli barang kat GIANT tuh tetiba cashier bg la borang kt redemption nih. Kengkonon nak promote kt kitorg la...memula aku wat dek jek...pastu bile baca balik cam menarik plak coz aku dh lame tingin nak beli non stick fry pan...Pastu tgk syarat dia senang jer, setiap RM 20 purchase, kita akan dapat satu stamp...so korang kumpulla bape byk stamp yg diperlukan utk dpt Italian Cookware Collection dengan harga yg paling rendah.

 
* Borang Redemption - Aku dpt kumpul 86 stamp je, lagi 4 stamp GIANT bagi free coz aku selalu soping kt sane...hehe

Aku dah aim nak Stir Fry Pan, 28 cm tuh...aku ckp kt husband, mcm mane sekali pon aku nak gak fry pan tuh tp x mau beli mahal, nak beli ngan rege murah jek...hik..hik... Redemption ni start 28 Ogos 2009 till 25 Feb 2010...So start Ogos tahun lepas smpila hari rabu, 17 Feb 2010, gigih aku n husband soping kt GIANT. Tapi x dpt fry pan yg aku nak coz stir fry pan tuh kene kumpul sampai 130 stamp...Aku mampu kumpul 90 stamp jek...so dptla redeem Fry Pan, 24 cm jek...huhu...Ok la drp xde kan. Husband aku kate x pela...klu nak kumpul smpi 130 harus smpi tarikh tutup aku x dpt kumpul...so grab je la yg mane dpt kan...

Nilai...I'm Back !!! & Picnic @ Air Terjun Sg. Kiol, Jerantut...

Penat!!! Baru je sampai rumah dlm kul 11.15 mlm tadi...Actually aku baru je smpi rumah aku kt Nilai...Cuti raya cina aku balik kg husband aku kt Jerantut, Pahang...dh lame x balik dlm sebulan lebih kot...balik hari sabtu sampai ari selasa...Nak balik Nilai tadi kitorag ikot Kuala Pilah...Nak elakkan jem la katakan...Seb baik aku x ikot hiway karak...jem giler...info nih aku dpt dari adik ipar aku yg balik KL...Saje je biar dia balik dulu...kalo jem dia bleh helo2 kt kitorg...hehe...keji kan..

Bertolak dari Jerantut lebih kurang kul 7.30 ptg...elok je masuk hiway LPT, G-ra adik ipar aku call bagitau karak jem...so kitorg pon amik keputusan ikot Kuala Pilah...Lepas tol terus kitorg masuk jalan kampung...punyela horror...gelap je jalan...kiri kanan sume hutan...seram oooo!!! kalu x kerana nak mengelakkan jem tobat aku x hingin nak ikot jalan tuh...dah la kete x banyak...jln mcm ular kene palu...bengkang bengkok x hengat dunia...mcm2 nama kg aku jumpe...sume x penah dengar plak tuh...yg paling aku igt kg. Sengogngoi...

Rase cam lame je dlm kete...tp x nmpk jalan pulang pon...Whatever it is kitorg x putus asa, perjalanan diteruskan...At last kitorg smpi kt pekan Kuala Klawang...dh smpi sini agak lega la sket...baru nampak dunia ni bercahaya...hik..hik..pastu ikot hiway LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban)...baru rasenye hiway nih...x penah jalan pon...rasenye baru siap coz dulu mmg ade LEKAS tapi dari Nilai nak ke kajang n KL la...belasah la baru pon baru la...janji LEKAS sampai rumah aku...hehe...jalan smooth n silky...sebab hiway baru kot tu yg x bnyk keta...x kuasa aku nak ikut KL-Seremban...misi berjaya untuk elakkan jem...Nilai...I'm back!!!...Ahaks :)

Picnic kt Air Terjun Sungai Kiol, Jerantut... 

 
Empat hari balik kg, x wat ape pon...membesarkan badan jek...hari isnin diorg ajak g mandi sungai kat  kt air terjun Kg. Sungai Kiol...aku on jek....masak2 dulu kt rumah, kul 3.30 ptg bertolak. Smpi dlm kul 4 ptg...cari port terbaik...bentang tikar...MAKAN TIME...lapor giler..mau x nye lunch kol 4 lebih...huhu...abih makan...apa lagi...terjun sungai la...hik...hik...tp Farish spoil plak...penakut air...puas aku n husband pancing dia mcm2...tp x jln....at last bw naik atas letak kt mak mertua aku...kitorg pon berendam balik...Dekat kul 6 ptg...balik rumah...ZZZZZZ...penat mandi...
* Husband aku yg seksis ngan Farish yg penakut air... 

 *Adik-adiks ipar aku...

"KAWAN" Farish Kat Atas...

Mase tgh lunch kul 4 ptg tadi...ade ke lunch kul 4?...gara2 aku masak lmbt la nih...tu yg lunch jd kul 4 ptg tuh...huhu...smbg balik ke citer asal...masa tgh lunch tadi husband aku citerla...farish bangun je tido tadi trus naik atas dok kt bilik aku...aku tanye...dia wat ape kat atas...husband aku kate dia dok kt tilam pastu ckp sensorang...ckp sensorng?...biar betul farish...

Mengikut teori husband aku, budak kecik mmg biase ckp sorg2...tp bg org yg penakut cam aku ni, bende nih adalah luar biase...huhu...aku tnye lagi kt husband aku...farish ade 'kawan' ke kt atas?(dlm nada seram)...husband aku kate...biasela tu...sume budak cam tuh...adela 'kawan' dia...pastu husband aku sambung lagi...orang kate kalau tmpt terang, bende baik la...tp kalu tmpt gelap, mayb bende x bape baik la...sbb tuh budak2 cukup takut ngan tempat gelap...aiseh...aku dah start seram....takot!!!!....selalu gak aku takutkan Farish ngan bilik gelap nih...kalu dia degil sket, start la aku kate nak letak dia dlm bilik gelap..."Jangan...Jangan"...farish ckp kt aku...hehe...saje je aku nyakat dia...hehe...tp skali sekala kalu dia degil melampau, aku kurung gak dia dlm bilik...kejap je la bagi dia pengajaran sket...

Tapi ble timbul citer tadi tuh aku start terpikir...btl ke 'kawan' farish tuh wujud...Farish x takot ke...kalu aku sumpah aku pengsan berkali2..tapi husband aku kate perasaan takut tuh blom install lagi kt budak kecik...xde perasaan...mane2 budak kecik pon same jer

Pastu masa tgk tv pas makan, aku saje la pancing Farish...kawan Farish maner..."Tu kawan Payish kt atas" sambil tunjuk kt tangga rumah aku...aku pandang husband aku...."Takutla bang"...husband aku sengih...biasela tuh..."Kawan payish atas"...payish tunjuk lagi kat tangga pastu terus g kt tangga nak naik atas...Payish nak g maner tuh....x yah la naik atas....aku panggil.....pastu Farish gelak...dia terus g kt tangga pastu hulur tangan....pastu dia pegi kat aku...."Kawan bagi api"....isk..isk...aku startla takot...jgn la 'Kawan' farish tu kacau aku n family...kalau dia nak main ngan Farish main la...jgn kacau aku dah la...aku ni dah la penakot melampau....harap2 'kawan' Farish tu bende yg baikla....seram...seram...Ya Allah, semoga dijauhkan dari benda yang tak baik...AMIN

Patut ke aku wat camtu...

Alkisahnye bermula begini…Aku baru pindah kt rumah baru aku dlm bulan 7 thn lepas. Jiran sebelah kanan aku melayu, berkeluarga n dah ade anak 2 org. Jiran sebelah kiri aku student cina menyewa. Tapi yg buat aku stress adalah jiran sebelah kiri aku tu…Cina?,,,,x kisahlakan…dah tu bersekududukan laki pompuan plak tuh…tu pon  aku x heran…lantak kt hangpa la…Yg x bestnya adalah diorang nih amatla FAIL dlm membuang sisa2 terbuang ni…dlm erti kate sebenar sampah la kan…
                                                                                                   
Taman rumah aku nih tong sampah dia kt depan rumah…mcm umh org lain gak…ble tong sampah kt depan nih, kenela make sure sampah tu dibuang n ikat betul2 spy x bertabur merata2…tp bdk cina nih diorg ikut suke jek nk buang sampah…pastu pintu tong sampah pon malas nak tutup. Klu pintu sampah x tutup of course la sampah tu bertebaran kene tiup angin..Ble malam abis geng2 black dog bone kt umh aku ni dok selongkar sampah depa…aku ni la yg hari-hari nak kene sapu n tutup pintu tong sampah diorg ni…nak suruh diorang sapu… jgn harapla even sampah tu kt depan rmh diorg…dia blh wat dek je…hampes tul…
                                                                                                                 
Sure org tanye…yg aku rajin sgt sapu tu wat pe? Kalau ikutkan hati, mmg aku nak wat dek je…tp kalu aku biar, sampah tu sure melayang masuk rumah aku… buatnye sampah yg melayang tuh adalah sisa2 binatang oint..oint…x ke nnt jenuh aku nak samak…daripada aku sakit ati biarla aku jadi DBKL sekejap…sabar…sabar…huhu…

Nak sound payah gak coz jarang aku dpt bertembung ngan diorag nih…nnt aku ckp BM takut diorang x paham plak coz husband aku kate diorg nih cina bukitla..cina mongolia la…diorg nih study kt International Kolej kt rumah aku tuh…tp mmg pon aku x penah dgr diorg speaking BM…asik ckp cina je…tse…zeee…ntah ape lagi tah… Majoriti jiran2 aku sume melayu…Diorag pon cam hangin je ngan bebudak cina nih…kang x pasal2 tragedi 13 Mei berulang lagi…melayu ngan cina gaduh…tp pasal sampah…x ke naya..siap aku, husband n Farish masuk lokap nanti…x mau..x mau…
                                                                                            
Tapi satu hari tu, tahap kesabaran aku dh sampai ke tahap maksimum. Mane tak nye…pagi tu hari jumaat…aku nak g keje…ble aku kuar je rumah je, aku tgk bertabur sampah kt depan rumah aku…start le temperature aku ni naik…aku ckp kt husband aku, aku dh x ble tahan dah…dulu xpe lagi…tp ble dh melepasi border rumah aku …ni dah lebey dah ni…Aku nekad kene wat something…

Sampai opis aku amik paper A3 kaler kuning…pastu aku print besar2 tulih “PLEASE CONSIDER OTHERS & DISPOSE OF YOUR RUBBISH PROPERLY”…Hah…amik ko…aku pon x sure btul ke x yg aku tulih tu…siap surf internet lagi nak cari word yg sesuai…hik..hik. Pastu aku siap laminate n letak tali…aku nak gantung kt pagar rumah bebudak cina tu…gigih sungguh aku…Aku siap tanye lagi opismate aku Linda, patut ke aku wat camtu..mental tak kalu aku gantung kt pagar rumah budak tuh…Linda siap bagi sokongan padu n kate x la mental kalu aku gantung…tp cam kelakar la…x kisah la kan. 

Sampai rumah aku wat saringan kedua. Minta permission husband aku plak. Memula husband aku cam x bape nak setuju, tp ble dia tgk aku cam mental semacam je trus dia kate ok…ble dh dpt green light, mlm tu gak aku pegi gantung kat rumah budak cina sebelah…tau plak takut…gantung waktu malam…hehe…esoknye ari sabtu aku intaila..tgk kertas tu ade lagi kt pagar rumah sebelah…maknenye diorg x perasan lagi…xpe..sabar2…ptg sabtu aku balik tido Bangi rumah mak aku…Ahadnya aku balik rumah aku, aku tgk kertas tuh dah xde…YES!!! Maknenye diorg dh tgk la pesanan penaja aku tuh…pastu aku tgk elok je bersih tong sampah rumah diorang..siap ade penyapu lagi…pintu tong sampah pon bertutup…Haa…kan ok camtu…xdela betabur sampah…org tengok pon x sakit ati…

Tapi…aku rase bersalah gak…bile pikir2 balik…Patut ke aku wat camtu…Cam xde semangat kejiranan je..Rase cam berdosa besar lak…ish…ish…malas nak pikir…janji taman rumah aku bersih…STRESS!!!!

'Adnan Sempit' yang Best Giler.....

Malam sabtu aritu aku n husband g tengok Adnan Sempit...Lame dah sebenarnye nak tgk cume x berkesempatan je...Ptg sabtu tuh aku kene keje coz ade event kt tmpt keje aku...balik je rmh dlm kul 5 ptg aku tgk farish tgh melepek keboringan...Husband aku plak sibuk main game...so disebabkan kesian tgk teruna 2 org nih..aku pon suggest kt husband aku bw Farish main2 kt Alamanda....ttp sbnrnya aku agenda lain....nak g tgk wayang..hik...hik..Aku booking tiket by phone...memula booking tiket 8.30 mlm...pastu aku ckp kt husband...sempat ke nk tgk 8.30, nak bw Farish main2 lagi...pastu husband aku kate bookingla lagi satu...so aku dgn rela hatinya tepon lagi utk tiket kul 10.30 mlm plak...


Dekat kul 7 smpi Alamanda bw Farish mian kt indoor playground kt sebelah Parkson...puas main+makan, dah kul 8.30 mlm...mmg x smpt pon nk tgk yg kul 8.30...seb baik dh booking kul 10.30...Aku amik tiket pastu pos Farish kt rumah mak aku kt Bangi...Kul 10.15 mlm gerak g alamanda balik semata2 untuk 'Adnan Sempit'...hehe

Ok la citer tu...x menghampakan...kelakar giler + sengal...sampai habis citer tuh aku still tersenyum sorg2 dlm keta...hik..hik...boleh layan la....so for those yg blom tgk lagi citer nih...aku suggestkan g la tgk...confirm leh release tensen...x tau nak komen ape lagi psl citer nih...try la tgk...Let the movie do the talking...hehe

Bila Farish Mula Menulis...

Lately nih…Farish pantang kalau jumpe pen@pensil…sibuk sgt nak menulis…siap tanye… ‘mane payish punye’…maknanye dia nak kertas la tuh…Ni pic yg aku sempat snap time Farish sibuk menulis sampai muncung2 mulut...hik..hik..
 

nak tengok ape yg farish tulis...jeng...jeng...jeng
*
*
*
*
*
*
Ni lah hasil kerja tangan Farish...aku pon x tau ape yg di tulis..bile aku tanye farish tulis ape ni... 'Nama Payish'...hehe...nama ke...ok la tuh utk budak yg berumur 2 thn 7 bln kan..

Kegilaan Farish terhadap penulisan nih semakin menjadi2 bile dia start tulis (dlm erti kate sebenar conteng) kat dinding rumah aku… ade satu pagi tuh aku tgh syok2 tido…mls nk bangun pagi…almaklumla hari cuti…tetiba farish sibuk kejut aku bangun… ‘ibu….ibu…payish tulis’…aku pon bangunla…Ya Allah!!! aku tgk penuh hasil2 seni Farish kat dinding bilik aku…Farish siap boleh ajak aku tgk hasil seni dia kt dinding bilik smbil senyum2 manja…kengkononnye nak impress aku la tuh…aku mengamuk sakan la…igtkan kt dlm bilik je…kt dinding ruang tamu aku kt atas pon dia conteng gak…nasib baik la dia conteng pakai pensil…kalau pakai pen…x atau nak kate ape…pastu jenuhla husband aku padam guna pemadam…aku x kuasa coz hati tgh membara…

Farish…Farish…selalu wat temperature ibu naik…Ape pon ibu tetap bangga farish dh mula pandai menulis dan boleh pegang pen@pensil dengan betul walaupon kidal (puas ajar tulis tangan kanan tp x jalan gak) terimala hakikat anak aku kidal…hehe